Sunday 20 July 2014

Nilai Positif

Teks : Azlina Zabha
Imej : Diambil dari http://fatinnur-afiqrosdi.blogspot.com/2013/04/plkn-bahagian-1.html


Blog. Seronok bila membaca sesuatu yang positif. Hari ini saya ingin meletakkan diri saya sebagai seorang pembaca blog.

Apa sebenarnya perasaan saya apabila membaca sesuatu blog? Apa yang saya cari? Mengapa saya perlu menerapkan rasa seronok bila membaca blog?

Mengapa saya bertanya soalan-soalan begitu?
Itu apa yang ada jauh di sudut hati rata-rata penulis blog terhadap pembacanya. Ia seperti suatu kepuasan. Jika saya sendiri melakukan blogwalking/bloghopping atau dalam bahasa lainnya, melakukan kunjungan ke blog lain, mata saya akan automatik berhenti dan tekun membaca blog yang penuh nilai-nilai positif dan bila membacanya, makin lama makin saya suka membacanya, malah ingin terus membaca ke entri-entri seterusnya di dalam blog itu.

Apakah mendorong saya membaca sesuatu blog?
Bergantung kepada apa yang saya cari dan jumpa di enjin pencarian (google, yahoo, dan sebagainya). Mana yang menggunakan tajuk-tajuk yang menarik, saya akan klik dulu. Bila maklumat yang saya perlukan sudah saya jumpai di mana-mana blog, saya akan menjelajah pula maklumat lain yang menarik dan menyeronokkan.

Saya bersyukur diberi peluang untuk menyertai kelas Belajar Asas Blog bersama bekas guru saya Puan Khairunnisa Hamzahara yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Dalam ebook yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad, ada mengatakan yang kita perlu menulis hanya yang positif. Saya pegang kata-kata itu.

Belajar untuk jadi orang yang positif.

1 comment:

  1. Betul tulisan yang negatif akan membangkitkan nilai negatif...hu2...meh jemput tegok projek raya saya

    ReplyDelete