Friday, 12 July 2013

Kunci Motor Hilang

Teks: Azlina Zabha

Takdelah misteri sangat pun tapi ia masih jadi suatu yang misteri buat kami sekeluarga. Kunci motor yang penting tu boleh hilang dengan kunci-kunci lain sekali. Dah cari merata tempat.

Mungkin juga terselit dalam mana-mana tempat dalam stor kami. Padahal dah susun dengan kemas. Sabar je lah kan. Jadi, apa tindakan yang kami buat untuk merungkai misteri ni? Ok. Takyah rungkai. Macam pelik je bunyi.

Sebenarnya saya nak bagi kamu semua beberapa langkah yang perlu diambil bila kunci motor DAH PUN HILANG dan tiada sebarang duplicate.

1) Hubungi orang yang paling dekat dengan kita dan rujuk dia dan suruh dia selesaikan misteri tu. Haha. Senang kan? ;-)

2) Ok. Serius sikit. Pergi ke kedai motor. Bagitau mereka yang kunci motor hilang. Maklumkan kepada mereka model motosikal anda apa. Contoh : Modenas Sports, etc. Jika ada stok, pekedai motosikal tersebut boleh terus buatkan kunci untuk anda. Bagaimana? Apa yang saya sudah lalui tadi, saya perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu (RM123). Harga mungkin berbeza dengan motosikal jenis lain dan kedai membaiki motosikal yang ada rujuk. Ada yang RM20 dah boleh dapatkan kunci baru (ikut jenis motor). Jangan lupa minta resit dan simpan resit baik-baik.

3) Pekedai tersebut akan menyuruh anak buahnya untuk ikut kita ke tempat letaknya motosikal tersebut. Saya perlu ceritakan perkara ini terperinci sebegini kerana jika anda seorang perempuan, sekurang-kurangnya anda tahu yang anda perlu bersedia dengan seorang teman untuk menyelesaikan perkara ini. Kemudian, motosikal anda akan dibawa oleh mereka dengan cara seorang mengayuh menggunakan kaki, seorang lagi menolaknya dari belakang. Mereka akan membawa motosikal anda ke kedai tadi untuk proses seterusnya.

4) Bila motosikal anda sudah ada di kedai, maka berilah mereka kepercayaan untuk membuat kunci untuk anda. Bila siap? Terpulang kepada kedai membaiki motosikal yang anda pergi itu. Sekian.

Maklumat tambahan : Jika road tax motor turut hilang, sila buat di Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dengan mengemukakan geran atau salinan geran motosikal anda.

Semoga info ini dapat memudahkan kerja seharian anda dan melapangkan fikiran anda. Adios~ dan wassalam...

6 comments: