Monday, 15 July 2013

Tukar Timing Belt

Teks : Azlina Binti Zabha
 
 
 
Hari ini saya bercadang untuk  servis MB kesayangan saya. Kali ni saya betul-betul lewat servis kereta. Kilometer sepatutnya 57069km. Tapi sekarang dah 58384km.
Selesai sahaja waktu persekolahan, saya terus ke GT ONE AUTOCARE SDN BHD (berhampiran Taman Merdeka) Proton Service Center. Tiba di kaunter, saya dilayan baik oleh pekerja di situ.
"Puan hantar servis di mana sebelum ni, puan?"
"Ming Hong Motor Batu Pahat,"
"Aik, kilometer dah 55k lebih ni,"
"Ha ah. Saya selalu bawa jauh kereta ni. Berulang Batu Pahat - Melaka masa suami saya belum dapat kerja di sini. Setiap minggu saya balik Batu Pahat,"
Haa.. panjang lebar saya terangkan. Dia tak tanya pun kenapa. Huuu.
"Ok puan, bila dah hampir 60000km ni, timing belt kena tukar ni. Minyak gear dah tukar? Spark plug?"
"Haaaaa?? "
Nampak sangatlah saya tak berapa tahu sangat hal kereta ni. Kali terakhir saya servis kereta, major service. Suami saya yang uruskan.
"Kejap, saya call suami saya. Dia yang uruskan haritu," keluar peluh gajah. Panik kejap. Selepas saya telefon suami, saya telefon pula pihak Ming Hong Motor untuk minta penerangan tentang major service yang telah dibuat pada 5 Disember 2012.
Lain semuanya dah tukar. Tinggal timing belt sahaja belum tukar. Dia buat price quotation dan booking mechanic untuk hari Sabtu hujung minggu ni.
Tengok price, ternganga sekejap. Harga penukaran Timing Belt Savvy dan segala perkakasan yang diperlukan, menjangkau RM1030. Campur servis, dalam RM1230. Oh My Golf!
T_T pasrah. Manalah saya tahu. Ingatkan minor servis je. Sekali tu dah sampai masanya kena tukar timing belt. Suami cakap, penting tu kena tukar. Bahaya kalau tak tukar.
T_T lagi sekali muka pasrah. Telan air liur dua tiga kali.
Ingat ye semua, bila kilometer kereta kita sudah menjangkau 60000km, kita perlu sediakan sejumlah duit untuk penukaran timing belt.
Baiklah. Sampai di sini sahaja. Dah sampai waktu berbuka ni. Selamat berbuka semua~

9 comments:

  1. Assalamualaikum Azlina...
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)
    KM Cik Bibah saya dah lebih 80000. Dah tukar timing belt sekali. Tapi, saya dah tak servis kat pusat2 produa. Sebab mmg mahal dan pernah ditipu.

    saya Timing Belt tukar kat pusat servis biasa. Tak sampai ribu ribu. Seram plak baca Azlina kena cas sampai seribu lebih tu. Huhuhuh. Cuba tanya kawan2 lain yang lebih biasa dengan kereta. Tukar tetap tukar, kualiti tetap sama cuma harga lebih murah. :)

    http://mariatulqiptiyah@blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azlina.. betul kata Qiptiyah tu, pusat servis memang mahal sikit, saya selalu servis di pusat servis biasa. rasa mcm ratus2 ja timing belt. spend masa sikit untuk survey kedai2 servis kereta, tak apa kita perempuan pon boleh buat. tanya sampai puas hati. saya pernah hantar savvy dulu nak servis, ada sekali yang model savvy dipanggil balik untuk baiki rosak y asal dari kesilapan kilang lagi, sampai2 bukan main quotation depa bagi. tapi last2 adik baiki di kedai biasa saja. Memang sayang warranty, tapi Insha Allah, insurans ada lagi sebagai back-up..sy pernah jg ke pusat servis y ikut jenis kereta, mekanik situ siap bagitau harga asal lagi...hihihihi

    ReplyDelete
  3. @Siti Nurulhusna Hashim
    terima kasi husna, bagi cadangan... tapi camner ye.. saya dah biasa servis di tempat proton... suami pun sama... hmm.. takpe, akan difikirkan...jauh banyak tu beza tu.. terduduk juga bila fikir-fikir savvy punya spare part mahal sangat!

    @Mariatul Qiptiyah
    nanti saya beranikan diri servis di tempat biasa.. sebab selama ni memang belum pernah servis di tempat selain proton.. nanti bincang dengan suami.

    ReplyDelete
  4. @Azlina,

    Untuk model Proton Savy, ambil perhatian selalu pada minyak gearbox, rujuk handbook manual jenis grade minyak yang digunakan. Yang lain2 rujuk jadual maintenance seperti biasa.

    Untuk minyak engine, beli hanya di stesen minyak shj mengikut grade yang betul juga. Jgn beli di spare parts shop yang diragui sebab ada banyak kes minyak engine yang di recycle.

    Antara perkara lain yang penting adalah,
    1- Tayar (Pastikan tekanan angin di check seminggu sekali)
    2 - Brake sistem (Bleed dan tukar minyak brake setiap 50-80km)

    Khaidir Zakaria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... Saya tak ingat saya dah baca ke belum komen encik khaidir ni.. Thanks atas panduan.. Tahun 2015 baru saya perasan ni... Sorry sgt!!

      Tp memang pnduan yg berguna

      Delete
  5. Replies
    1. Memang baru disuruh tukar ke? Atau baru tau kena tukar timing belt?

      Delete
  6. sebenarnya harga timing belt tu ratus2 je. yg mahal tu component yg menggerakkan timing belt tu. contohnye mcm sprocket, pulley system, dan mcm2 lagi lah. kalau tukar timing belt je x sampai beribu. timing belt ni kalau putus, ada kemungkinan kena overhaul engine. huhuuuu silap hari bulan kena beli engine baru terus..

    sekian maklumat untuk puan. kalau ada apa2 pertanyaan bolleh direct tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah tu tuan.. campur saya kena buat major service skali masa ni... memang mencanaklah harganya.

      selalunya kan, next bila lagi kena tukar timing belt ye selepas tukar yang kali pertama ni?

      Delete