Tentang Penulis



Teks : Azlina Zabha

Assalamualaikum semua. :) Ini merupakan entri pertama saya untuk blog ini. Jadi adalah lebih elok jika saya perkenalkan diri saya dulu.

Saya Azlina Binti Zabha. Saya mendapat pendidikan awal di UiTM Segamat, Diploma Pengurusan Bank dan selepas itu, saya meneruskan pengajian saya di UPSI, Tanjong Malim dalam bidang Pendidikan Sekolah Rendah (Ijazah Sarjana Muda). Setelah hampir setahun menunggu, saya ditempatkan mengajar di salah sebuah sekolah di Melaka.


Bidang perguruan ini baru sahaja saya ceburi. Sejak tahun 2010 hingga sekarang. Jika ditanya adakah saya pernah membuat apa-apa perniagaan sendiri sepanjang kehidupan saya, jawapannya tiada. :) . Saya hanya menolong ibu menjual roti canai segera dan mertabak. Seingat saya juga, saya pernah ingin menjual t-shirt gambar Bumble Bee & Lady Bug, tapi satu pun tak terjual. Mujur pada masa itu, saya hanya menolong jiran, jadi tiada sebarang modal diperlukan. Mungkin skop penjualan saya tak berapa sesuai kerana, saya hanya menjual kepada pelajar-pelajar asrama sekolah sahaja. Waktu itu pula, umur kawan-kawan baru 16 tahun.


Cerita pasal kemahiran, secara asasnya, saya berkemahiran membuat blog menggunakan medium Wordpress dan membinanya di atas tapak ataupun hosting. Sudah lama benar saya tidak menggunakan Blogger. Bila create blog baru menggunakan blogger versi baru ini, saya jadi terkial-kial. Seperti baru bangun dari tidur.Terkebil-kebil. Terpisat-pisat. Eh, ada kena mengena ke? Huuu.


Terlalu banyak perkara yang saya minat. Antaranya, designing card, fotografi, arts, diet pemakanan sihat, kecergasan diri, motivasi diri dan masak-memasak. Jika tak dibendung, mungkin saya akan curah semua di blog baru ni. Namun, setelah dikaji oleh Puan Sifu Khairunnisa Binti Hamzah melalui pengamatannya menerusi blog peribadi saya, saya perlu fokuskan satu perkara untuk dikongsi. Walau perbualan kamii singkat, tapi ia tetap padat dan buat saya berfikir sejenak. Saya patut tukar cara penulisan saya. Terima kasih sifu!


Matlamat jangka pendek saya membina blog baru ini, iaitu menyediakan entri 2 minggu sekali atau seminggu sekali dan dapat ubah cara penulisan dengan tidak hanya bersandarkan emosi sahaja. Untuk matlamat jangka panjang pula, saya harap blog baru saya ini boleh dijadikan sumber rujukan oleh orang lain dan sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada orang lain.


Inilah saya. Azlina Binti Zabha. Jika kamu juga berminat untuk sertai kami dalam Group Belajar Asas Blog, sila hubungi Puan Sifu Khairunnisa Binti Hamzah

No comments:

Post a Comment