Sunday 12 March 2023

TRUE BEAUTY DAN PROJEK : HIGH COUNCIL

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha


TRUE BEAUTY (Netflix)

Sekarang saya sedang tonton episod ke-13. Tahap klimaks cerita. Saya sampai berhenti beberapa ketika untuk episod kali ini, sebab tak sanggup untuk tahu apa akan berlaku pada watak utama. Jantung berdebar habis. Sekejap-sekejap saya buat benda lain, lepas tu sambung tonton. πŸ˜‚πŸ˜‚

Sinopsis pendek yang saya boleh berikan supaya tak jadi "spoiler" untuk yang bakal tonton.⤵️

True Beauty adalah drama tentang Lim Ju Kyung yang teruk kena buli hanya disebabkan wajahnya yang banyak jerawat. Kejadian buli tersebut sangat bagi impak dalam kehidupan Lim Ju Kyung walau dia sudah berpindah sekolah. 


PROJEK: HIGH COUNCIL (Astro)

Drama Melayu. Sinematografi yang sangat mantap dan setiap pelakon nampak kesungguhan dalam menonjolkan lakonan mereka. Drama 10 episod ini menceritakan tentang alam sekolah berasrama penuh bagi budak lelaki yang utamakan label senior junior. Tapi tahap cerita bukan cerita budak-budak hingusan.

Semasa mula-mula tengok cerita ini, saya asyik tertanya-tanya, apa itu High Council. Sesuatu adat yang ada dalam KUDRAT (nama sekolah dalam cerita ini) yang dikekalkan sejak turun temurun. Adat apa? Kena tengok sendiri. πŸ˜‚πŸ™

Apa pun, saya baru sampai Episod 7 untuk drama Projek : High Council. Jika tak silap, sekarang sudah 9 episod ditayangkan. Hujung minggu ini, episod akhir akan ditayangkan.

Rating untuk kedua-dua cerita ini, saya akan beri setelah saya habis tonton kedua-duanya. 😘

Bye. 😘 Assalamualaikum.

azlinazabha : Ada dua hari lagi sebelum mesyuarat pertama guru, tapi saya sudah mimpi tentang hal sekolah sejak minggu lepas. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ™ Semoga saya dapat melakukan tugasan, amanah yang diberikan dengan lebih baik. Moga Allah mudahkan semuanya.

No comments:

Post a Comment