Saturday 12 July 2014

Outstanding Balance Statement Balance

Teks : Azlina Zabha
Imej : Malaysia Credit Card BasicsAmerican Express Logo , Credit Cultures : Incentivizing Greed and IrrensponsibilityMaybank2uMaybank2u Android ApplicationForum Lowyat : [WTA: Credit Card Statement/Outstanding Balance & others





Kad kredit sudah tidak asing lagi penggunaannya pada zaman sekarang ini. Hak untuk memilikinya adalah suatu pilihan, tetapi penggunaannya adalah suatu kemestian. Malah ia telah menjadi suatu keperluan, bukan lagi kehendak.

Keperluan di waktu terdesak
Kita memerlukan sejumlah wang sebagai deposit untuk membolehkan kita masuk ke dalam wad di mana-mana hospital pakar swasta. Jika kita ada medical card, hanya memerlukan bayaran serendah RM350 (ikut kehendak hospital) berbanding dengan jika kita tidak mempunyai medical card, wang deposit yang diperlukan paling minima, RM1500. Saat inilah kita akan rasa kad kredit benar-benar diperlukan. Mungkin juga kita merasakan kita ingin bersalin di hospital pakar swasta. Gunakanlah kad kredit selain simpanan.



Selain hospital, di mana lagi kita sangat memerlukan kad kredit?
Minyak kereta perlu diisi dan tidak boleh tidak. Jika tidak, bagaimana kita ingin bergerak ke sana sini untuk mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab kita. Walaupun kita boleh membuat permohonan untuk tuntutan perjalanan di syarikat kita bekerja, kita tetap perlu mengisi minyak kereta dengan menggunakan wang kita sendiri. Jadi, gunakanlah kad kredit.

Siapa yang sangat memerlukan kad kredit?
Siapa yang rasa dia sangat perlukan kad kredit untuk segala keperluan, tetapi bukan kehendak atau bukan juga untuk suka-suka.

Bila kita sangat memerlukan kad kredit?
Bila tiba masanya. Hanya kita yang tahu, bila masa paling sesuai untuk kita ada kad kredit. Mungkin satu pun sudah cukup.




Apa itu Outstanding Balance dan Statement Balance?
Ayat di dalam gambar di atas, adalah ayat yang selalu saya rujuk setiap kali saya ingin membayar hutang kad kredit saya. Saya taip semula di sini, ok?

"Statement Balance is the amount that you owe the bank on the previous statement.. what you have to worry about is the Outstanding Balance, that is how much you're currently owing to the bank..
If you don't pay the Minimum Amount, they'll charge you another percentage of interest as Late Payment.. so.. better at least pay the minimum amount lah.. " (oleh ah_chak daripada forum Lowyat.net di pautan https://forum.lowyat.net/topic/535624/all diambil pada 11Ogos2014)




Cara membayar kad kredit
Ada banyak cara. Antaranya:-
1) Bayar tiga kali ganda daripada jumlah minima yang perlu dibayar
2) Bayar lebih daripada bayaran minima
3) Buat pembiayaan peribadi dan langsaikan semua hutang kad kredit, kemudian bekukan penggunaannya atau potong sahaja kad kredit tersebut. Hehe. Ini bagi sesiapa yang rasa dia sudah tidak perlukan kad kredit langsung.



Berusahalah untuk membayar hutang kad kredit,dan elakkan daripada penggunaan yang sehingga mencecah tahap maksima kecuali waktu kecemasan dan tiada cara lain. Kad kredit ialah suatu kemudahan, bukannya sesuatu yang menyusahkan kita. Positifkan diri yang kita mampu membayarnya semula. Penyesalan hanya akan membuatkan kita stress. Jangan risau, jika kita layak memilikinya, ini bermaksud, kita mampu membayarnya. Jadi, berusahalah!



Hubungi Encik Khairi Shah 0197700802 atau di https://www.facebook.com/khairishahprudential untuk maklumat lanjut tentang medical card ataupun apa-apa tentang insurans.

12 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ok mcm saya bayar full every months.. Cuma pernah lewat dr tarikh due kata 26hb sy pernah bayar 27hb kdg 3hb on the next month.. Tp 1/2 kali je lewat.. Tp kenapa statement balance saya tak pernah 0 atau reduce.. Mcm lg 1 kad kredit wife saya bayar on time je tp still ade statement balance.. Banyak plak amount nya.. Kenape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak perlu walk in ke bank kad kredit yang berkenaan. Atau buat panggilan ke bank untuk tahu dengan lebih lanjut. Lain bank lain Terms and Condition nya. 👍 Semoga dipermudahkan segalanya. UNLESS awak memang dah tak nak guna kad kredit lagi lepas ni, tu pun mesti walk in dan berhubung dengan bank berkenaan.

      Delete
  3. Statement balance ialah jumlah hutang utk bulan sebelumnya. Outstanding balance ialah jumlah hutang sekarang..

    ReplyDelete
  4. so mana yg perlu ikut? untuk mengelakkan daripada interest late payment?bayar jumlah statement balance or out standing balance?

    ReplyDelete
  5. ikut baki kat out standing balance klu xnak hutang ada

    ReplyDelete
  6. Hi nk ty ni..statement balance saya rm100 tapi outstanding balance 0... perlu byr lagi ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu hingga akhir bulan, atau call pihak bank untuk tahu status terkini bank kita untuk kepastian.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete