Thursday, 23 September 2021

DAH BOLEH RAKAM VIDEO DI LIVE STREAM TELEGRAM OLEH CIKGU AZLINA ZABHA

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha

Template Imej : Cikgu Ling

DAH BOLEH RAKAM VIDEO DI LIVE STREAM TELEGRAM OLEH CIKGU AZLINA ZABHA


Pada 21/9/2021, Telegram baru sahaja perkenalkan fungsi untuk rakam video di Live Stream Telegram Group & Channel.

Sebelum itu, pemilik telegram group / chat perlu memastikan bahawa admin yang dilantik perlu di”ON” kan fungsi “Manages Video Chat” .

Maka selesailah masalah dan kekangan yang RECORDING pada LIVE STREAM tidak boleh rakam video. Sekarang, sudah boleh rakam video. Jadi sangat mudah untuk guru rakam penerangan pembelajaran untuk panduan murid yang tidak dapat hadir kelas semasa Livestream dibuat ❤️


Link di Portal AYU:-

http://www.akademiyoutuber.com/2021/09/dah-boleh-rakam-video-di-live-stream.html


Link Pautan:-

https://www.youtube.com/watch?v=zqz9gi_qw0c


AZLINA ZABHA

SK DATO’ DEMANG HUSSIN

https://www.youtube.com/AzlinaZabha

Tuesday, 3 August 2021

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL OLEH CIKGU AZLINA

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha & Akademi Youtuber

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL


ALHAMDULILLAH
.
BTS (BEHIND THE SCENE)
.
Sebenarnya, lepas wacana/taklimat untuk Challenge 3 Akademi Youtuber tu berlangsung, aku terus belek buku teks digital, pilih tajuk paling advance dan terkedepan tapi ikut RPT,  buat intro, outro, update logo so ada wajah terkini sikit yang boleh letak di mana-mana ikut aku suka, buat cover untuk video semua siap-siap dan etc.
.
Lepas tu peram lama sangat, sebab nak ambik mood buat isinya.
.
Pastu slow-slow aku buat slide dulu, pastu malam kelmarin terus buat sampai habis video tu sampai tak tido. Serious ni bukan pengorbanan untuk AYU, tapi pengorbanan aku nak belajar lebih dan kekal dalam AYU, seterusnya aku dapat apply kat video aku ilmu tu untuk anak didik.. 
.
Please jangan fikir aku nak tunjuk pandai ke whatsoever. Cili kang! Cili tak cukup ke? Ko pi beli cili, cili mulut sendiri. 🔥 Panas hati jika orang ingat aku nak tunjuk pandai. Hamboih!
.
Setelah siap, aku upload kat youtube, the thing is hampir 30 jam aku tunggu untuk siap upload. (WAHAI FIBRE OPTIC, TOLONGLAH CEPAT SIKIT MASUK AREA SINI. unifi ). 
.
Ganggu jiwa sangat tau. Lepas tu, siap je upload. Aku terus hantar link youtube aku pada pentadbir AYU untuk aku dapat link untuk jawab exam 25 soalan.
.
Masa nak mesej pentadbir AYU, aku baru tau yang aku kena BLOCK kat telegram. Ahahhahaha. What the food sungguh! Tapi alhamdulillah, lepas pentadbir AYU mesej aku, aku save nombor pentadbir AYU & problem solved. 
.
Alhamdulillah. Result pun best hehehehehhehehehhehe memang aku harapkan sangat markah tu. Yeay! Allah dah makbulkan.
.
Now, rehat sat. Lepas tu, tunggu next challenge pulak.
.
.
Eh, jemput tengok tau video ni. Ni Challenge kitorang, jadi ni adalah WOW video ikut kriteria yang diorang harapkan. 
.
Allah bagi ilham buat video ni. Syukur. Aku taktau nak buat video formal-formal sangat, jadi silakan tengok tau. 
.
BM TAHUN 1 
MENU KESUKAAN RIZAL OLEH CIKGU AZLINA
.
http://www.akademiyoutuber.com/2021/08/bm-tahun-1-makanan-kesukaan-rizal-oleh.html




Tuesday, 18 May 2021

PERKATAAN KVKVK YANG DIAKHIRI DENGAN SUKU KATA "RAM"

Teks : Azlina Zabha

Video : Azlina Zabha ( https://www.youtube.com/c/azlinazabhaisazlinazabha )

BAHASA MELAYU TAHAP 1

PERKATAAN KVKVK YANG DIAKHIRI DENGAN SUKU KATA "RAM"

https://youtu.be/0OxXMsW7T-E



Sunday, 9 May 2021

PdPR dan Guru

 Teks : Azlina Zabha

Yahooo, PdPR datang lagi! Itu ungkapan yang saya ucapkan bila diumumkan PdPR akan dimulakan semula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri versi Pandemik Covid-19. Saya beri ekpresi gembira, tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu, jiwa pendidik sahaja yang tahu apakah perasaannya.

                     Demi Allah, tiada seorang pendidik pun suka dengan PdPR. Apakan daya, itu sahaja cara untuk kita terus berjuang melawan dan mengawal penularan Covid-19. Kami guru-guru memang bersemangat kental menghadapi cabaran ini. 

                      Dalam sendu, kami terus mewujudkan modul PdPR untuk murid-murid. Modul yang kami maksudkan ini adalah berbentuk kertas set soalan yang perlu murid bawa pulang ke rumah. Jadi, semasa PdPR, murid tidak perlu cari pencetak untuk mencetak segala tugasan. 

                        Besar harapan kami agar semua murid membuat segala tugasan PdPR yang akan diberi semasa PdPR nanti. Dalam menjayakan perkara ini, kami mohon sangat ibu bapa / penjaga penuhkan tangki emosi dengan perkara yang positif untuk anak-anak. Tidak semudah perkataan yang ditaip ini, tapi itulah anak kita. Keturunan kita. Bentuk mereka akur dengan arahan guru dengan penuh kasih sayang.

                         Tidak semudah yang disangka, ya tuan-tuan dan puan-puan. Kami juga manusia sama seperti tuan-tuan dan puan-puan. Kami juga ada anak-anak yang perlu menyiapkan tugasan PdPR yang diberi oleh guru mereka juga. Sama-sama kita galas tanggungjawab wajib ini. Ya, menuntut ilmu memang wajib, kan? Apa nak jadi pada anak kita jika tanpa ilmu? Bagaimana dia nak hidup selepas kita tiada? Tanpa ilmu? Tepuk dada tanya diri sendiri.

                          Ibu bapa/penjaga mesti risau dengan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak. Sukar bukan? Buatlah Reward Chart untuk anak-anak. Utamakan solat & amalan baik dalam carta tersebut. Saya akan kongsikan contoh Reward Chart untuk anak-anak kita.

                          Sabar ya semua. Allah kan ada. ❤️❤️❤️


Monday, 11 March 2019

11 Aplikasi Android Penting yang Mesti Ada

Teks : Azlina Zabha
Imej : 10 Must Have Android Apps


Apa benda yang selalu sangat ada dalam beg tangan awak? Tak terjangkau akalmu sebab lebih daripada memerlukan. Kadang-kadang sengaja masukkan dalam beg supaya bila memerlukan, tiadalah terkapai-kapai, berlari ke sana ke mari mencari.

          Itu beg tangan. Jika telefon pintar, apa jenis aplikasi yang mesti ada di dalam telefon pintar awak? Cuba senaraikan di ruangan komen.

           Jika saya, saya lebih gembira jika 11 Aplikasi  Android ini ada di dalam telefon pintar saya.

1. Waktu Solat Malaysia
2. iQuran
3. Huawei Wear
4. Google Fit
5. Maybank2u
6. Whatsapp Business
7. Facebook
8. Instagram
9. Google Keep
10. Nando's App
11. Sushi King Apps

Ada 11 Aplikasi Android ini pun sudah cukup.

Awak semua macam mana pula? Jom kongsi.

Saturday, 2 March 2019

Kelebihan WhatsApp Business

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha (Screenshot)


Ramai usahawan yang menjadikan WhatsApp Business (Android Application) sebagai aplikasi utama mereka untuk berhubung dengan pembeli atau klien mereka.

                 Tahukah kamu bahawa Whatsapp Business juga merupakan aplikasi pengganti WhatsApp yang lebih mudah diurus dan pemudah cara dalam berhubung dengan sesiapa sahaja. Ini bermaksud ia bukan sahaja sesuai untuk para usahawan hebat, tetapi ia juga boleh digunakan oleh kita walau kita bukan ahli perniagaan. 

                 Antara kelebihan WhatsApp Business ini, kita boleh jadikan nota panjang atau mana-mana post oleh rakan atau diri kita sendiri sebagai "Quick reply" dengan hanya meletakkan " /maybank akaun " dan enter, secara automatik ia akan memaparkan balasan seperti ini:-

151463******
Maybank
Azlina Binti Zabha

Ini hanya contoh sahaja, boleh lihat gambar seperti di bawah. 


                Bukan Quick Reply sahaja ada, malah Away Message dan Greeting Message pun ada tuan-tuan dan puan-puan. 


Cara Restore Backup WhatsApp ke WhatsApp Business

1. Setting Whatsapp > Chats > Chats Backup > pastikan letak alamat email
2. Install WhatsApp Business > Restore Backup (pilih email yang kita pilih untuk buat backup WhatsApp tadi). 
3. Sekarang dah boleh guna WhatsApp Business dengan gembiranya. 




Sunday, 24 February 2019

Resepi Roti Lilit Sedap untuk Perkhemahan

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha

Adunan ini untuk lima kumpulan kecil. Kita boleh beri tugasan kepada empat orang individu untuk mengadun dan menguli bahan-bahan membuat roti lilit sedap dari setiap kumpulan. Ahli kumpulan lain bolehlah mengusahakan untuk menghidupkan api dan menjadikan ia bara menggunakan cara tradisional (perlukan papan telur sebagai starter untuk menghidupkan api).

Langkah keselamatan dan kebersihan 
Pastikan anak-anak murid membasuh dan membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan mengadun dan menguli tepung. Pastikan kuantiti Guru-guru yang membimbing cukup untuk memerhatikan murid mengawal api tradisional dan membimbing murid menghidupkan api dan melakukan tugasan lain. Tunjukkan murid demo sebelum dan semasa melakukan setiap tugasan.

Alatan
5 bekas plastik besar berpenutup
10 pasang chopstick
10 sudu plastik
75 batang lidi untuk setiap kumpulan

Bahan-bahan
2 paket tepung gandum
5 sudu garam
5 sudu gula castor
5 sudu besar minyak masak
1 jag air yang sudah ditapis (boleh guna air coway)

Cara-cara Membuat Roti Lilit Sedap Perkhemahan
1. Bahagikan semua alatan kepada lima kumpulan kecil.
2. Tuangkan dua paket tepung sama rata ke dalam lima bekas plastik.
3. Kosongkan bahagian tengah tepung untuk setiap bekas plastik. Kemudian tuangkan air satu cawan.
4. Tambahkan satu sudu besar minyak masak bagi setiap bekas plastik.
5. Setiap bekas boleh diletakkan satu sudu garam dan satu sudu gula.
6. Gaulkan hingga rata menggunakan chopstick & sudu plastik.
7. Bila sudah sebati, uli guna tangan salah seorang ahli kumpulan. Jadikan bentuk doh seperti satu bola besar. Uli beberapa ketika.
8. Buat 15 doh berbentuk bulat-bulat kecil untuk setiap adunan dalam setiap kumpulan. Uli dan biarkan seketika (rehatkannya dalam 5 minit)
9. Setelah 5 minit telah berlalu, bentukkan 15 doh tersebut menjadi bentuk rod (arahan mudah:minta murid bentukkan menjadi seperti ular kecil). Rehatkan seketika rod tersebut selama 3 minit. Pastikan rod yang dibuat nipis supaya cepat masak apabila dibakar nanti.
10. Lilit 15 rod adunan tersebut pada 15 batang lidi yang telah diberi kepada setiap kumpulan.
11. Sedia untuk dibakar. Pastikan dibalik-balikkan supaya tidak hangus. Cara bakar adalah seperti cara bakar sate. Tidak perlu terlampau kerap mengipas. Cukup hanya bakar di atas bara api agar tidak mudah hangit.