Teks : Azlina Zabha
Imej : 5 Most Effective Ways to Increase Followers on Instagram, Article Winter
Kedai Instagram. Makin hari makin suka saya membelek aplikasi Instagram. Ada kedai perfume gred AAA Dubai, kedai tudung, kedai cadar partchwork, kedai roti dan kek, kedai gadget murah, kedai barangan untuk bayi dan kanak-kanak, dan ada juga kedai menjual baju kurung cantik untuk ibu yang menyusukan anak.
Kenapa saya rasa ia menarik?
Aplikasi Instagram adalah aplikasi paling mudah untuk digunakan. Bersifat tiada paksaan, malah saya berpendapat ia juga salah satu medium terbaik untuk mempromosi sesuatu. Kebanyakan kedai instagram akan meletakkan hashtag (#) yang memudahkan bakal pelanggannya membuat carian di Instagram. Antaranya #sayajual adalah hashtag terbaik untuk mana-mana penjual di Instagram.
Siapakan sasaran pelanggan di Instagram?
Sasaran utama untuk penjual atau jurujual di kedai Instagram, ialah sesiapa sahaja yang rajin membelek Instagram. Siapa? Siapa sahaja yang merasakan Instagram itu menyeronokkan. Bukan golongan remaja atau dewasa sahaja. Malah skopnya lebih luas.
Waktu kedai-kedai di Instgram beroperasi
Kedai Instagram selalunya beroperasi 24 jam. Seronok, kan? Ada masanya, serta merta tuan kedai akan menjawab soalan kita. Pernah beberapa kali, pemilik kedai instagram menjawab pertanyaan saya waktu pagi buta, pukul 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Saya menganggapnya sangat bekerja keras dalam berniaga serta secara tidak langsung dapat menjaga hubungan baik antara pekedai dan pembeli.
Pemilihan Kedai Instagram
Jika saya, saya akan pilih kedai Instagram yang barangannya murah-murah tapi berkualiti. Sama sahaja seperti di luar sana. Semestinya juga kita memilih kedai yang bagus layanan pekadainya dengan pembeli. Imej yang digunakan di Instagram haruslah menarik dan cantik. Malah kadang-kadang saya sampai tidak menyangka, ada sesetengah Instagram menyediakan gambar yang cantik-cantik, tetapi harganya sangat berpatutan. Terlampau murah.
Jom membeli-belah di Instagram. :-) Bulan Ramadhan mesti ramai yang menjual barangan sambil mengumpul pahala dengan memberi harga jualan runtuh untuk beberapa hari atau beberapa jam, membeli sambil menyumbang, dan mungkin juga akan memberi barangan percuma kepada pelanggannya yang setia.
No comments:
Post a Comment