Friday 19 July 2013

Syampu Elak Rambut Gugur

Teks : Azlina Zabha
Rambut gugur. Tiada siapa pun suka perkara ini terjadi pada diri mereka, tidak kiralah kamu seorang lelaki mahupun seorang wanita.

Selebat mana pun rambut kamu, mesti kamu tetap tidak mahu ia gugur. Jika ia tidak dibendung, mungkin boleh jadi botak sana dan sini di kepala. Ini yang saya bimbangkan.

Sebelum ini saya mengalami masalah yang sama. Namun masa tu, saya tahu puncanya, iaitu saya selalu mengamalkan makan mi segera. Jadi saya berhenti makan makanan tersebut, dan menukar syampu kepada jenama Hair n Shoulder - Anti Hairfall. Alhamdulillah, rambut saya terus berhenti gugur.

Tapi itu adalah cerita dua tahun  yang lepas, akhir tahun 2011; iaitu selepas melahirkan anak. Pada masa itu, saya tinggal dengan Fatimah & Kak Diana. Hidup berjauhan dengan suami masa itu. Jadi saya makan sahaja apa yang murah dan mudah disediakan.

Namun sekarang, masalah rambut gugur itu kembali lagi. Sekarang lagi hebat. Saya tak tahu apa puncanya. Hampir sebulan lebih saya mengalami masalah ini. Benar-benar buat saya tidak puas hati. Adakah sebab saya tukar jenis syampu, iaitu Syampu CLEAR - Anti Hairfall?

Tapi saya sudahpun tukar kepada Head N Shoulder - Anti Hairfall; saya gandingkan dengan perapi (conditioner) sekali. Tapi ia tetap gugur dan makin hebat.

Saya tukar lagi syampu saya kepada jenama Sunsilk - Anti Hairfall. Tetap sama. Ia tetap tidak berhenti gugur. Sabar je lah.

Mungkin saya perlu cuba Pantene - Anti Hairfall. Atau Rejoice? Oh tidak. Rambut saya tak serasi dengan Rejoice sebab ia akan membuatkan rambut saya kering dan berkelemumur.

Hmmm... L'oreal Paris? The Herbs? Himalaya?

Adakah saya patut guna cara tradisional? Santan letak dirambut dan biarkan seketika, kemudian bilas. Cara lain, gunakan aloe vera. Minyak zaitun?

Ok. Buntu sekejap. Ada sesiapa yang boleh berikan saranan?

8 comments:

  1. salam azlina..awak perlu penjagaan dalaman. rambut saya selalu gugur even dh pkai tudung. cuba makan supplemen or vitamin yang membantu pengedaran darah. selepas mkn supplemen rmbut saya dh kurang gugur. sekali sekala dptkn rawatan di salun utk rmbut gugur..sekali setahun pun jadila.

    ReplyDelete
  2. salam... btol tu... rambut gugur ni kadang2 menakutkan kita kan... saya pon pernah alami masalah yg sama juga... mmg perlu penjagaan dalaman... tmbh2 kita makan mcm2 makanan yg boleh memberi kesan kepada keguguran rambut... cubalah cari suplemen yg sesuai... InsyaAllah, dapat membantu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey. nanti saya cari supplimen yang sesuai pula. terima kasih atas saranan. :)

      Delete
  3. azlina..ya zinc...atau vitamin C atau B compleks. Amalkan makan hari2 dan doa kpd Allah agar menjaga kesihatan menyeluruh kita Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Saya juga ada masalah yang sama. Seluruh rumah ada kesan rambut gugur saya. Baru2 ni saya try Shampu Bawang Jacky Chan tu. keguguran rambut mula berkurangan cuma bau herbanya kuat tak mcm shampu lain yang berbau wangi. saya dah cuba Himalaya Anti Hairfall namun tak berkesan.

    Tak terfikir plak saranan Kizeewatty tu. Betul juga kan makanan tambahan tu pun perlu juga kan.

    ReplyDelete
  5. Tu ler pasal mariatul... kena makan supplement jugak ni, bukan kesihatan tulang & kulit sahaja kena jaga, kan.. rambut pun kena jaga..

    Erm.. kizeewatty.. nak tanya, perlu ambil semua jenis supplement tu, atau salah satu pun dah ok?

    ReplyDelete
  6. Assalam sis Azlina , amalkan suplemen ESP shaklee , insyaAllah berkesan , rambut saya dah kurang gugur sejak minum ESP shaklee,sis boleh cuba

    ReplyDelete