Wednesday 26 March 2014

Tidur Cukup Bantu Kurus dan Cantik

Teks : Azlina Zabha
Imej : 25 Horrible Things That Happen If You Don't Get Enough Sleep
Minggu Kehamilan : 36 Minggu
Status Wad : Hari ke-14 ditahan di wad, Hospital Besar Melaka


Kurus. Sihat. Cantik. Tiga perkara ini sangat diidamkan oleh semua wanita termasuk diri saya sendiri. Berapa banyak tablet atau minuman tambahan (supplimen) yang sudah kita amalkan? Berapa banyak ikhtiar yang kita dah buat untuk merealisasikannya?

Apa kata kita mulakan dengan tidur yang cukup. Tidak percaya? Mari kita mulakan hari ini dan lihat hasilnya pada pagi esok. Malam ini kita masuk tidur seawal 10.00 malam, atau paling lewat pun, pukul 12.00 tengah malam. Jangan sampai ia menjangkau pukul 1.00 pagi.

Nah.. apa yang kita akan rasa pada pagi keesokannya? Tentu kita rasa segar, sihat, bertenaga, tenang dan juga lebih terurus, bukan? Malah, bukan pada waktu pagi sahaja kita rasa aura positif dalam diri kita, tapi tidur yang cukup pada malam tadi akan mempengaruhi sepanjang hari kita.

Bagaimana tidur dapat membantu kita menjadi kurus dan cantik? Secara automatik, kita seperti sudah menjalani terapi yang menyuntik perasaan-perasaan positif dalam diri kita hasil daripada tidur yang cukup. Rasa sihat, segar, bertenaga dan tenang menjadikan kita lebih berkeyakinan yang kita sememangnya cantik, kurus, dan sihat. Sungguhpun kita mungkin bukan dalam kategori jelitawan, bukan memiliki susuk tubuh umpama supermodel, dan kita bukan kategori insan yang sihat secara total.

Percayalah, jika kita mengamalkan tidur yang cukup, fikiran kita akan lebih positif. Bak kata salah seorang doktor yang saya pernah jumpa di Hospital Melaka ini, fikiran dan minda kita ini sangat "powerful", merupakan ubat yang paling mujarab untuk segala penyakit. Natijahnya, lama kelamaan, kita benar-benar jelita, kurus dan sihat.

Adapun begitu, kebetulan saya jumpa artikel di bawah ini tentang 10 kebaikan tidur yang cukup. Jemputlah baca. Artikel ini akan menguatkan lagi kepercayaan kita yang tidur cukup membantu kita menurunkan berat badan.
7. Membantu menurunkan berat badan 
Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal. (Diambil dari entri Kebaikan Tidur Cukup Malam di
http://sitik.wordpress.com/2012/12/02/10-kebaikan-cukup-tidur-malam/ pada 01:56, 26April2014)
Mari kita amalkan tidur yang cukup mulai sekarang. Kemudian, lihat perubahan diri kita ke arah yang lebih positif dari hari ke hari. Biar kita sendiri membuktikannya, usah tunggu orang lain mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment