Monday, 12 May 2014

Tips Pilih Buah yang Manis

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Buah yang Dapat Turunkan Berat Badan oleh Fellippe Kharisma



"Aydina Baby..." Nama panggilan untuk adik. Kakak dia yang beri nama panggilan tersebut. Sudah 41 hari umurnya. Alhamdulillah saya selamat melahirkannya pada 2 April 2014 (Selasa). Syukur atas nikmatNya kerana saya telah pun habis berpantang.

Semasa berpantang, buah-buahan adalah kegemaran saya. Terutamanya buah oren dan epal (jenis Fuji yang rangup tapi masam-masam manis). Semasa saya hampir sebulan ditahan di wad sebelum tarikh bersalin, saya berkenalan dengan ramai kawan baru. Banyak juga ilmu yang saya dapat daripada mereka.

Antaranya ialah tips memilih buah yang manis. Senang antara yang paling senang. Iaitu dengan senyuman. Semasa sedang membuat pilihan, senyumlah semanisnya. Kita boleh mencubanya sendiri dengan membuat perbandingan membeli buah-buahan dalam keadaan tersenyum manis dan suatu masa lain, kita cuba beli pula dengan muka yang masam.

Jom kita cuba, mana tau tips ini memang berguna, kan?

4 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu Azlina Zabha, saya kalau p beli buah, otomatik mmg senyum, mcm terapi duk kedai buah tu ina, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalamwarahmatullah.. kan... :) senyum nurul jangan tak senyum..

      Delete
  2. Ina ko tau semangka tu ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangka tu tembikai. Memang sebut semangka pun kadang-kadang. :)

      Delete