Saturday 23 August 2014

Eyeliner Terbaik

Teks : Azlina Zabha
Imej :
1) Easy Cat Eyeliner Tutorial oleh Cynthia Z dari http://www.indianvanitycase.com/
2) Simply Elegant Liquid Eyeliner oleh Simplysiti dari http://simplysiti.com.my/ 


Cara mudah untuk membuat "cat eyeliner"

Perkara pertama yang saya akan buat bila ingin keluar ke rumah bersama keluarga ialah menyiapkan diri sendiri dahulu. Kemudian, baru saya menyiapkan anak-anak dan perkara-perkara lain. Selalunya saya akan peruntukkan masa selama satu jam untuk diri sendiri.

Mengapa satu jam? Ini termasuk waktu saya ingin menggosok tudung dan baju (jika perlu). Mandi, solat dan bersolek. Namun, tidak setiap waktu saya berkesempatan meluangkan masa selama satu jam untuk itu semua. Tertakluk kepada mana yang lebih utama. Solat, mandi & bersolek secara ringkas. Bak kata suami, "lite makeup".

Sebenarnya saya kurang arif dengan apa yang dimaksudkan suami. Mungkin dia mahu saya segera bersiap. Baiklah, boleh sahaja. Capai penggaris mata ataupun dalam Bahasa Inggeris, "eyeliner", kemudian cepat-cepat buat cat eyeliner. Imej di atas menunjukkan cara mudah untuk membuat cat eyeliner.

Simply Eligant Liquid Eyeliner (Simpysiti)

Simply Eligant Liquid Eyeliner , merupakan salah satu produk keluaran Simplysiti. Bronze Collection. Sebelum saya benar-benar membeli penggaris mata keluaran Simplysiti ini, saya telah pun membuat perbandingan dengan penggaris mata daripada jenis produk yang lain dari segi jumlah isi kandungannya. Harganya adalah sangat berbaloi dengan kualiti yang saya dapat.

Kerja saya memakan masa selama tujuh hingga 11 jam. Namun bila masuk jam yang kelima, saya selalu ada masalah dengan penggaris mata yang saya pakai sejak awal pagi sebelum pergi ke kerja. Waktu itu sudah masuk waktu tengah hari. Baru saya berkesempatan tengok sendiri muka di cermin. Memang betul-betul comot di bahagian mata. Kadang-kadang rasa menyesal tidak membelek wajah sekali-sekala semasa bekerja, tetapi kerja saya memerlukan saya fokus 200%. Mana mungkin saya sempat melihat waja sendiri di cermin.

Jadi saya pilih untuk cari penggaris mata terbaik sehingga saya menjumpai Simply Elegant Liquid Eyeliner. Bila saya ingin membersihkannya juga mudah. Hanya perlukan cecair pembersih penggaris mata, dan membersihkannya. Tiada lagi masalah susah membersihkan makeup. Senang urusan harian. Saya tidak serik membelinya dan akan terus membelinya. Selepas ini mungkin saya akan mencuba  makeup keluaran Simplysiti yang lain pula. Ada orang khabarkan kepada saya yang rata-rata keluarannya bagus-bagus. Saya sangat teruja untuk mencubanya. In Shaa Allah

Bisik-bisik : Ini adalah entri saya yang ke-41. Alhamdulillah. Lagi sikit sahaja untuk cukupkan 44 entiri. Syukur. Terima kasih Allah kerana memberi saya idea untuk menulis.



2 comments: