Monday 11 February 2019

Punca Muka Naik Jerawat

Teks : Azlina Zabha
Imej :

Ada banyak punca kenapa jerawat boleh tiba-tiba naik dengan sangat banyak di muka kita. Saya senaraikan beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di muka.

  1. Hormon. 
  2. Allergik pada sesetengah makanan (kekacang, makanan laut, makanan manis) 
  3. Persekitaran yang kurang bersih. 
  4. Suka sentuh muka menggunakan jari tanpa lapik tisu. Jari kita paling banyak bakteria sebenarnya. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan sudah dibasuh terlebih dahulu. Alahai, elakkan teruslah sentuh kulit muka tu. Tengok di cermin sahajalah. 
  5. Tidak mengamalkan penggunaan tuala khas untuk muka sahaja. Main sapu muka guna tuala yang juga digunakan untuk lap badan, kaki, dan sebagainya. 
  6. Kandungan pada set penjagaan kulit kita mungkin tidak sesuai dengan kulit muka kita. 
  7. Kulit muka tidak dapat bernafas dengan baik.
  8. Tidak menukar bantal tidur setelah 5 tahun penggunaan. Bakteria beranak-pinak dalam bantal kesayangan lalu bakteria tu pun berjalan-jalan atas muka korang sambil shopping sakan. πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ Aiyokk tatayokk!
  9. Kulit muka sudah imun dengan set penjagaan kulit muka yang korang dah pakai sampai 19 tahun. Woww! Apa lagi, cari skincare lain pula, okey? Kadang-kadang kita tak perasan, tapi orang lain yang perasan tentang perubahan pada kulit muka kita.
  10. Tekanan. Bukan tekan tubi tau. Takyah stress lah. Buat sesuatu tu, ikut kemampuan kita. Chill sahaja. Fikir positif je, okey. Allah mesti mudahkan setiap jalan yang dia beri pada kita. So, smile always, okey? 
  11. Kurang tidur. Pastikan setiap hari kita cukup tidur. Berapa jam? 4 hingga 6 jam pun dah cukup. Jika 12 jam tidur tu, nanti pendek umur lak. 🀣🀣🀣 Acah je. 
Me : Muka saya sedang breakout sejak awal tahun 2018, jadi masuk tahun 2019 ni, saya nak free kan muka saya daripada sebarang skincare dan foundation atau loose powder ke, compact powder ke. So no for me for these 2 weeks. Saya sedang berfikir cara terbaik untuk rawat muka saya. Saya hanya pakai eyeliner, maskara dan juga lipstick sahaja sekarang. Bebaskan muka sekejap. 

No comments:

Post a Comment