Thursday 18 July 2013

Nenek Semakin Lemah

Teks: Azlina Zabha
Semalam dapat berita dari Batu Pahat, keadaan nenek makin lemah. Kami sekeluarga bergegas balik ke kampung.
Kami bertolak dari Melaka pada pukul 5.15petang. Saya teringatkan nenek suka makan ayam KFC. Sesampai sahaja di Batu Pahat, kami terus pergi KFC dan beli Burrel Spicy Chicken (21 ketul). Sengaja beli lebih, sebab tak tahu ada berapa orang di rumah nenek nanti.
Tiba di rumah, saya terus buka pintu, dan terus mendapatkan nenek. Saya salam nenek. Tangan nenek panas. Saya bertanyakan padanya, "Atuk demam ke? Panas badan atuk ni,". Nenek jawab, "Entahlah... memang macam ni."
Dia menjawab sambil memejamkan mata....
Pada malamnya, kami adik beradik termasuk suami, cuba mengangkat badan nenek supaya dia lebih selesa baring. Sentuh badannya pun dia rasa sakit yang amat. Sekarang nenek dah tak boleh bangun sendiri langsung. Terbaring sahaja. Emak yang suapkan bubur untuk nenek. Dua tiga hari ni, dia banyak tidur.
Kami sebak melihat keadaannya. Saya dan suami balik ke Melaka malam tadi juga, kerana kami bekerja hari ini.
Sepanjang hari di sekolah, saya asyik teringatkannya. Semalam tak sempat nak minta maaf. Rasa kelu betul lidah. Harap sempat jumpa nenek lagi.
Agaknya, bila kita dah tua nanti, siapa yang akan menjaga kita? Bagaimana keadaan kita? Sihat walafiatkah kita?
Umur nenek 85tahun. Dia prihatin orangnya semasa dia sihat. Tidak pernah tinggal minum susu, rajin solat dan baca al-quran. Suka membaca majalah-majalah ilmu. Dia juga suka menulis diari sampaikan dia selalu gertak kami, jika kami nakal, dia akan menulisnya dan mengadu kepada pakcik kami (satu-satunya anak lelaki nenek). Dia juga guru mengaji kami adik-beradik. Dia juga ajar kami supaya berjimat cermat. Dia sayang kami. Dia...sakit sekarang..
Ya Allah.. ampunilah dosanya.. dosa kami.. permudahkanlah jalan baginya.. jalan kami... sihatkanlah dirinya..diri kami..
***Updated!!!***
Alhamdulillah, nenek sudah boleh bercakap. Kami sekeluarga lega mendengar berita ini. Kak Linda memberi saranan agar beri nenek minum Ensure Plus. Nenek diberi minum Ensure Plus berperisa coklat.
Kami berharap agar nenek terus beransur sihat dari semasa ke semasa.  Amiiin.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Azlina.
    Saya doakan nenek Azlina cepat sembuh. Alhamdulillah Azlina duduk di Melaka saja, boleh juga start kereta terus balik.

    Nenek saya di Batu Pahat juga dan sebaya dengan nenek Azlina Tapi saya yang jauh di seberang laut china selatan ni. harapannya dapatlah beraya bersama nenek nanti.
    Apapun semoga Azlina sekeluarga tabah dan sabar yer. Kita doakan yang terbaik untuk nenek Azlina. Insyaallah.

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga neneknya diberi kesihatan berpanjangan, aamiinn :)

    ReplyDelete