Monday 24 August 2015

Syampu Sesuai Untuk Rambut Gugur

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : Instagram Jihanmuse , Soukai ,  Rewardme , Social Mart

Emosi lelaki dan wanita berbeza. Tetapi masalah rambut gugur tetap akan berlaku pada kedua-dua jantina tersebut.

Sebelum ini, saya pernah ada masalah rambut gugur. Namun, sekarang saya sudah pun dapat mengatasinya setelah menggunakan pelbagai cara. Bukan tiada langsung rambut yang gugur, ada, tetapi dalam kuantiti yang normal. 

Sebelum saya mencari syampu yang sesuai untuk rambut gugur tersebut, saya mengkaji dulu punca rambut saya boleh gugur teruk. Sebenarnya, pada masa itu saya tidak sedar bahawa saya sedang hamil anak kedua. Adalah menjadi kebiasaan sesetengah ibu mengandung atau selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur.

Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang mungkin kita boleh cuba. Walaubagaimanapun, pastikan kita peka dengan kesan yang kita akan dapat melalui pengambilan produk tersebut. Sama ada ia kesan yang positif ataupun sebaliknya.

Berikut merupakan produk yang kita boleh gunakan supaya rambut kita tidak gugur lagi :-

Rejoice Anti-Hairfall (boleh rujuk Tips Rambut Cantik Dengan Syampu dan Creambath oleh Azieazra kerana beliau penggemar Syampu Rejoice)

Apa yang saya suka tentang produk penjagaan rambut Rejoice ini adalah harganya yang berpatutan. Sekiranya produk ini sesuai dengan diri kita, teruskanlah. Saya masih ingat lagi semasa saya ditahan di wad dahulu (kes PP Type 1 to 2), syampu inilah menemani saya. Jangkaan saya meleset kerana syampu ini serasi dengan saya pada waktu itu.

Head & Shoulders' Anti-Hairfall, pengguna lain yang turut menggunakan syampu ini ialah Kiran Raj Singh di link http://www.beautifulhameshablog.com/head-shoulders-anti-hairfall-shampoo-review/

Jenama Head & Shoulders' ini tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Saya mengenalinya sejak saya sekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang dulu. Saya ingat lagi, waktu itu kami sekeluarga memakai Head & Shoulders' jenis Silky Smooth. Sekarang, bila saya sudah berkeluarga, saya dan suami sukakan Head & Shoulders' Anti-Dandruff ~ Cool Menthol. Rasa segar dan dingin.

New & Trendy , boleh baca blog Si Gadis Kidal di entri bertajuk Beauty Care. Dia suka betul dengan shampu jenama New & Trendy ni.
Saya sedang berjinak-jinak dengan jenama New & Trendy. Adik ipar yang perkenalkan. Lembut sangat rambut bila memakainya.

Selain itu, saya juga amalkan pengambilan suppliment jenama Shaklee. Vitamin C, Alfafa dan Vitalea ~ multivitamin, mengandungi pelbagai vitamin dalam satu tablet (sudah kehabisan stok, saya perlu cepat-cepat membelinya). Boleh lihat info lebih mengenai Vitalea di laman web Saadah Abd Talib .

Kita juga boleh ambil Virgin Coconut Oil (VCO) jenama Catalyst, Argan, (Premium Quality). Argan sangat bermanfaat untuk rambut kita. Ia dapat merawat rambut yang kering, juga dapat memperbaiki rambut kita yang seringkali gugur. Layari Instagram Ailana Catalyst untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment