Tuesday 10 December 2013

Nurul's Homemade Ice Cream

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Segala gambar Ais Krim diambil dari Facebook Facebook Nurul's Homemade Ice Cream
Peta : Lukisan Azlina Binti Zabha

Chunky Funky Flavour
Nama Produk : Nurul's Homemade Ice Cream
Laman Facebook : https://www.facebook.com/pages/Nuruls-Homemade-Ice-Cream/114495288615274
Alamat : Jalan KNMP 3, Kompleks Niaga Melaka Perdana, Bukit Katil, 75450 Melaka
Phone : 011-23290960
Email: nurulshomemadic@gmail.com
Laman Web : http://nurulshomemadeicecream.blogspot.com
Waktu Beroperasi : Isnin hingga Sabtu (11.00am - 7.00pm)

Kali ini, saya perkenalkan kepada kamu semua aiskrim keluaran tempatan, iaitu Nurul's Homemade Ice Cream. Terdapat pelbagai perisa disediakan. Saya paling suka perisa Salted Caramel yang apabila dimasukkan ke mulut, rasanya seperti di awang-awangan. Manis dengan rasa karamel yang ada sentuhan rasa masin tapi sedap dan unik! Suami saya pula sukakan perisa Chunky Funky kerana dia sukakan teksturnya yang ada kandungan kacang.

Jika dibandingkan dengan aiskrim jenama Baskin Robin atau Ben N' Jerry's, saya lebih sukakan Nurul's Homemade Ice Cream. Ia setanding dengan aiskrim import tersebut. Malah saya tidak rasa rugi jika beli aiskrim 1 pin dari Nurul's Homemade Ice Cream walau ia berharga RM20. Pelanggan juga diberi pilihan untuk membeli aiskrim menggunakan cup, atau cone. Harganya sama, di bawah RM5.

Pelanggan juga diberi peluang untuk mencuba aiskrim yang pelbagai perisa secara percuma! Nurul's Homemade Ice Cream sentiasa mecipta perisa-perisa baru yang membuatkan pelanggan tertawan dengan rasanya. Rugi jika anda tidak mencubanya.


Bukan itu sahaja, sekali-sekala Nurul's Homemade Ice Cream ada membuat jualan murah untuk setiap aiskrim yang dijual. Potongan harga sebanyak 50% pernah ditawarkan kepada pelanggan-pelanggannya. Anda digalakkan sentiasa melihat perkembangan Nurul's Homemade Ice Cream ini melalui laman Facebook yang saya paparkan di atas.

Selain itu juga, kadang-kadang Scoopworks Ice Cream Company (nama syarikat Nurul's Homemade Ice Cream) ada membuka Bengkel Membongkar Rahsia Pembuatan Ais Krim yang diketuai oleh Rosdiadi Ramli iaitu pengasas Nurul's Ice Cream tersebut. Ia terhad kepada 10 orang sahaja pada setiap kali bengkel diadakan.


Di manakah lokasi Nurul's Homemade Ice Cream di Melaka? Di bawah ini saya ada paparkan lukisan peta dengan tangan saya sendiri, atau anda bolehlah gunakan alat GPS anda untuk ke sana dengan menggunakan Koordinat GPS 2.265250, 102.306030 .



Sampai di sini sahaja. Jika ada makanan lain yang sedap-sedap, saya akan kongsikannya di sini, insya Allah. :)

6 comments:

  1. Apa lagi, jemputlah datang ke Melaka.. hehe.. saya sanggup tak lawat melaka, asalkan dapat makan aiskrim ni tau. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Oh kat situ. thanks ina. tak sabar nak pergi merasa. Bertuah dah jadi orang Melaka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa dah try pergi? nanti kalau dah rasa, bagitau ina okeh camner rasanya. :)

      Delete
  3. ha'a...btul2..mmg sedap sgt..bangga dgn lecturer sy..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. lecturer awak ke yang buat.. :) lecturer U mana ye...

      Delete