Thursday 6 February 2014

Makeup Remover Terbaik

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Azlina Zabha

L'Oreal Makeup Remover

Pagi-pagi lagi, saya akan bersiap dan merias wajah sepantasnya sebelum ke sekolah. Kadang-kadang saya perlu berada di sekolah sehingga waktu petang jika ada mesyuarat, program, LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan), dan jika ada kerja yang perlu saya bereskan dalam kadar yang segera. Jadi, saya perlu solat sahaja di sekolah. 

Maka, Makeup Remover jenama L'Oreal ini adalah keperluan saya untuk menanggalkan segala calitan yang saya buat di wajah. Kenapa saya suka Makeup Remover ini? Berikut ialah sebab-sebab saya sangat menggemarinya:-

1) tidak memedihkan mata
2) mudah digunakan, hanya perlu goncangkan dan letakkan sedikit pada facial tissue. Kemudian, boleh terus sapukan pada kawasan yang dikehendaki.
3) boleh juga dijadikan pembersih kesan dakwat pen yang terkena pada kulit kita, beg tangan dan sebagainya

Semoga ulasan saya tentang produk ini dapat membantu kita yang masih tercari-cari makeup remover yang terbaik untuk digunakan. Jangan risau sebab ia memang sangat berbaloi. Harganya di bawah RM20 sahaja.

2 comments:

  1. Saya pernah cuba produk ni. Memang bagus, cuma saya tak tahan baunya. Baunya tak berapa kuat sangat, tapi mungkin hidung saya ni yang sensitif. :)

    ReplyDelete
  2. Aik.. ada bau ek.. tak perasan. :) Hehe. Dah biasa guna kot saya.. :)

    ReplyDelete