Wednesday 8 June 2016

Hari Ketiga Ramadhan

Al-Fatihah
Entri saya kali ini, saya dahulukan dengan Surah Al-Fatihah. Perginya seorang ayah kepada jiran yang paling akrab dengan saya dan keluarga. Tidak terbilang jasanya pada keluarga kami. Hanya Allah Maha Mengetahui. Beliau pergi selepas Asar, Ahad, 5 Jun 2016. Takziah untuk seisi keluarga beliau.

Senyap Sejak Oktober 2015 ke Jun 2016
Penyesuaian diri di tempat kerja baru. Saya ditempatkan di tempat baru lebih awal dari bulan yang tertera di atas. Suasana baru, serba serbi baru. Mungkin pada orang lain tempoh ini cukup untuk seseorang rasa selesa dengan sesuatu yang baru. Namun, saya perlu lebih masa. Mungkin naik cuti sekolah ini, baru saya dapat sesuaikan diri dengan baik, mana tahu?

Ya Allah Ya Baari, permudahkanlah. Amiiiin Ya Syakuur. Alhamdulillah. Kadang-kadang, kenangan di tempat lama mengusik jiwa, apa pun, hidup mesti diteruskan. Ada sebab Allah tempatkan saya di tempat baru. Ulang-ulang suami memujuk saya. Sepanjang tempoh Oktober 2015 hingga ke Jun 2016, sengaja saya bekukan blog ini. No new entry had been written. Sorry for that. Bila saya ada masa lebih, saya lebih suka lapangkan dada. Tonton rancangan kegemaran di televisyen, update instagram @ailanacatalyst_duyong (add saya, ya!), dan juga belek-belek https://facebook.com , lantas kongsi pelbagai bahan menarik untuk dijadikan Bahan Bantu Mengajar. Asalkan ia dapat tenangkan hati saya. 

Salam Ramadhan
Hari ini sudah hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Waktu saya taip entri ini, jam menunjukkan pukul 1.17 pagi. Semoga pagi esok kita semua dapat merasa berpuasa sehari penuh seperti dua hari yang lepas. 

Jadual Aktiviti Kendiri Bulan Ramadhan

Di atas ini ada jadual aktiviti kendiri bulan Ramadhan. Boleh klik untuk download. Saya dapat imej di atas ini daripada sepupu ( http://yanml.wordpress.com ).

Tadah tangan, jom doa!

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahmaan Ya Rahiim...

1) Semoga Ramadhan kali ini menambah catatan baik dalam diari amalan untuk bekalan kita di akhirat sana.

2) Semoga ia juga mendorong kita menjadi manusia yang lebih kuat dalaman dan luaran. Kuat semangat!

3) Semoga Allah makbulkan semua hajat kita (yang baik-baik).

Amiiin. Ya Syakuur. 

Alhamdulillah.

azlina zabha : Terdapat dua buah hadiah yang menusuk kalbu daripada anak didik pada Hari Guru 2016 yang lalu. Satu gelas, dan satu lagi botol. Kedua-duanya tertera perkataan positif, iaitu Smile & Be Cool. Wahai anak muridku, terima kasih, ya! Cikgu akan sedaya upaya senyum buatmu. 




2 comments:

  1. Replies
    1. Wassalam. Bila lagi nak buat kelas AUTOCAD. 2019 ada open kelas lagi tak?

      Delete