Wednesday 28 February 2024

SENARAI TUTORIAL CHANNEL TELEGRAM (KHAS UNTUK PENDIDIK) OLEH CIKGU AZLINA ZABHA

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha


Mungkin ramai di kalangan pendidik yang telah pun menggunakan Channel Telegram sebagai medium RASMI kelas di sekolah. Mungkin juga ada yang baru berkeinginan untuk wujudkannya.

Di sini, Cikgu Azlina Zabha akan senaraikan tutorial yang akan memudahkan pendidik untuk buat sendiri Channel Telegram kelas tersebut. 


CARA MUDAH BINA CHANNEL TELEGRAM

https://www.youtube.com/watch?v=dahr0spQpVo


CARA MUDAH JADIKAN CHANNEL TELEGRAM BOLEH DIKOMEN SEPERTI FACEBOOK

https://www.youtube.com/watch?v=kFh_egGZ9pA


CARA UNTUK PINDAH MILIK/TUKAR PEMILIK TELEGRAM (Transfer Ownership Telegram)


Jika sudah ada Channel Telegram Kelas pada tahun lalu dan ingin kekalkan telegram channel sedia ada untuk dibawa ke tahun berikutnya, boleh ikut tutorial bawah ni pulak. Ada 2 langkah. 


(Contoh, 2L 2021 naik 3L 2022).


LANGKAH 1


TWO-STEP VERIFICATION


Pihak telegram tetapkan tempoh menunggu 7 hari (selepas TWO-STEP VERIFICATION ini dibuat) , baru boleh buat pindah milik channel kelas tersebut.


CARA BUAT TWO-STEP VERIFICATION TELEGRAM

https://www.youtube.com/watch?v=8Vygo1Mq_RY (Telefon Android) 

https://www.youtube.com/watch?v=R9d2WSPbN7Q (Peranti iOS)


LANGKAH 2


LANGKAH MUDAH TUKAR PEMILIK CHANNEL TELEGRAM iOS

https://www.youtube.com/watch?v=MTMLzJtJv8A


LANGKAH MUDAH TUKAR PEMILIK CHANNEL TELEGRAM ANDROID

https://www.youtube.com/watch?v=VFYVBFGx6jo


CIKGU AZLINA ZABHA

SK DATO’ DEMANG HUSSIN

https://www.youtube.com/AzlinaZabha

Sunday 12 March 2023

TRUE BEAUTY DAN PROJEK : HIGH COUNCIL

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha


TRUE BEAUTY (Netflix)

Sekarang saya sedang tonton episod ke-13. Tahap klimaks cerita. Saya sampai berhenti beberapa ketika untuk episod kali ini, sebab tak sanggup untuk tahu apa akan berlaku pada watak utama. Jantung berdebar habis. Sekejap-sekejap saya buat benda lain, lepas tu sambung tonton. πŸ˜‚πŸ˜‚

Sinopsis pendek yang saya boleh berikan supaya tak jadi "spoiler" untuk yang bakal tonton.⤵️

True Beauty adalah drama tentang Lim Ju Kyung yang teruk kena buli hanya disebabkan wajahnya yang banyak jerawat. Kejadian buli tersebut sangat bagi impak dalam kehidupan Lim Ju Kyung walau dia sudah berpindah sekolah. 


PROJEK: HIGH COUNCIL (Astro)

Drama Melayu. Sinematografi yang sangat mantap dan setiap pelakon nampak kesungguhan dalam menonjolkan lakonan mereka. Drama 10 episod ini menceritakan tentang alam sekolah berasrama penuh bagi budak lelaki yang utamakan label senior junior. Tapi tahap cerita bukan cerita budak-budak hingusan.

Semasa mula-mula tengok cerita ini, saya asyik tertanya-tanya, apa itu High Council. Sesuatu adat yang ada dalam KUDRAT (nama sekolah dalam cerita ini) yang dikekalkan sejak turun temurun. Adat apa? Kena tengok sendiri. πŸ˜‚πŸ™

Apa pun, saya baru sampai Episod 7 untuk drama Projek : High Council. Jika tak silap, sekarang sudah 9 episod ditayangkan. Hujung minggu ini, episod akhir akan ditayangkan.

Rating untuk kedua-dua cerita ini, saya akan beri setelah saya habis tonton kedua-duanya. 😘

Bye. 😘 Assalamualaikum.

azlinazabha : Ada dua hari lagi sebelum mesyuarat pertama guru, tapi saya sudah mimpi tentang hal sekolah sejak minggu lepas. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ™ Semoga saya dapat melakukan tugasan, amanah yang diberikan dengan lebih baik. Moga Allah mudahkan semuanya.

Wednesday 1 March 2023

TALULA HILL, KLUANG, JOHOR

Teks : Azlina Zabha

Gambar : Azlina Zabha


TALULA HILL, KLUANG, JOHOR


“Cikgu, tengah healing ke tu?”

“πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Eh, macam mana tau?”


πŸ˜… Maaf, saya masih belum move on lagi dengan keindahan pemandangan di Talula Hill, Kluang, Johor. Alhamdulillah dapat ke sini seperti yang dirancang. Alang-alang balik kampung, kita jalan-jalan area berdekatan. πŸ₯°


Jaraknya dengan bandar Kluang tidak lebih 10 minit. Banyak “spot” yang cantik untuk bergambar/rakam video. 


Namun, tempat parkir kereta agak terhad. Jadi, untuk ke sini, perlu bijak pilih hari dan waktu.


Masa saya datang ke sini, betul-betul waktu matahari hampir terbenam. Gambar memang cantik. 😘 Love sangat. 


Saturday 25 February 2023

WE HAVE A GHOST

Genre : Komedi Seram
Teks : Azlina Zabha
Imej : Netflix 
Imej Editing : Azlina Zabha



Assalamualaikum & hai! Dua jam lebih saya habiskan masa menonton cerita ini. Cerita yang wajar ditonton.

Saya beri 9/10. Kisah tentang kekeluargaan & persahabatan. Kisah yang saya tak boleh agak hujungnya apa. Unpredictable. ❤️ 

Yang penting, tak clichΓ©. Ada mainan emosi sedikit pada bahagian perbualan dalam keluarga yang mungkin berlaku dalam dunia nyata.

Apa pun, ia memang berbaloi untuk ditonton. ✌️


Thursday 30 September 2021

MAJLIS PELANCARAN APLIKASI AKADEMI YOUTUBER - APLIKASI KOLEKSI VIDEO PENDIDIKAN TERBESAR DI MALAYSIA!




🎯Anak-anak anda sering menggunakan telefon pintar untuk belajar? 

Tercari-cari video pembelajaran yang sesuai?


🎯Aplikasi Akademi Youtuber membuka peluang mengakses ilmu hanya di hujung jari. Dapatkan video pembelajaran, tutorial, tuisyen, vlog dan kokurikulum


🎯Saksikan Majlis Pelancaran Aplikasi Akademi Youtuber seperti ketetapan berikut:


🌼 Hari    :  Khamis

🌼 Tarikh : 30 September 2021 

🌼 Masa  : 03.00 petang


Pelancaran akan disempurnakan oleh En. Mohd Akhir Bin Abdul Latiff, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Perak. 

      

🎯 Sila klik pautan:

https://www.akademiyoutuber.com/2021/09/majlis-pelancaran-aplikasi-akademi.html


❤️ SPLKPM dan e-sijil akan diberikan kepada hadirin yang menonton secara langsung!

❤️ Sebanyak 30 Kredit AYU akan diberikan kepada pelajar yang hadir menonton secara langsung!

Thursday 23 September 2021

DAH BOLEH RAKAM VIDEO DI LIVE STREAM TELEGRAM OLEH CIKGU AZLINA ZABHA

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha

Template Imej : Cikgu Ling

Editor Imej : Azlina Zabha


DAH BOLEH RAKAM VIDEO DI LIVE STREAM TELEGRAM OLEH CIKGU AZLINA ZABHA


Pada 21/9/2021, Telegram baru sahaja perkenalkan fungsi untuk rakam video di Live Stream Telegram Group & Channel.

Sebelum itu, pemilik telegram group / chat perlu memastikan bahawa admin yang dilantik perlu di”ON” kan fungsi “Manages Video Chat” .

Maka selesailah masalah dan kekangan yang RECORDING pada LIVE STREAM tidak boleh rakam video. Sekarang, sudah boleh rakam video. Jadi sangat mudah untuk guru rakam penerangan pembelajaran untuk panduan murid yang tidak dapat hadir kelas semasa Livestream dibuat ❤️


Link di Portal AYU:-

http://www.akademiyoutuber.com/2021/09/dah-boleh-rakam-video-di-live-stream.html


Link Pautan:-

https://www.youtube.com/watch?v=zqz9gi_qw0c


AZLINA ZABHA

SK DATO’ DEMANG HUSSIN

https://www.youtube.com/AzlinaZabha

Tuesday 3 August 2021

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL OLEH CIKGU AZLINA

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha & Akademi Youtuber

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL

BAHASA MELAYU TAHUN 1 MAKANAN KESUKAAN RIZAL


ALHAMDULILLAH
.
BTS (BEHIND THE SCENE)
.
Sebenarnya, lepas wacana/taklimat untuk Challenge 3 Akademi Youtuber tu berlangsung, aku terus belek buku teks digital, pilih tajuk paling advance dan terkedepan tapi ikut RPT,  buat intro, outro, update logo so ada wajah terkini sikit yang boleh letak di mana-mana ikut aku suka, buat cover untuk video semua siap-siap dan etc.
.
Lepas tu peram lama sangat, sebab nak ambik mood buat isinya.
.
Pastu slow-slow aku buat slide dulu, pastu malam kelmarin terus buat sampai habis video tu sampai tak tido. Serious ni bukan pengorbanan untuk AYU, tapi pengorbanan aku nak belajar lebih dan kekal dalam AYU, seterusnya aku dapat apply kat video aku ilmu tu untuk anak didik.. 
.
Please jangan fikir aku nak tunjuk pandai ke whatsoever. Cili kang! Cili tak cukup ke? Ko pi beli cili, cili mulut sendiri. πŸ”₯ Panas hati jika orang ingat aku nak tunjuk pandai. Hamboih!
.
Setelah siap, aku upload kat youtube, the thing is hampir 30 jam aku tunggu untuk siap upload. (WAHAI FIBRE OPTIC, TOLONGLAH CEPAT SIKIT MASUK AREA SINI. unifi ). 
.
Ganggu jiwa sangat tau. Lepas tu, siap je upload. Aku terus hantar link youtube aku pada pentadbir AYU untuk aku dapat link untuk jawab exam 25 soalan.
.
Masa nak mesej pentadbir AYU, aku baru tau yang aku kena BLOCK kat telegram. Ahahhahaha. What the food sungguh! Tapi alhamdulillah, lepas pentadbir AYU mesej aku, aku save nombor pentadbir AYU & problem solved. 
.
Alhamdulillah. Result pun best hehehehehhehehehhehe memang aku harapkan sangat markah tu. Yeay! Allah dah makbulkan.
.
Now, rehat sat. Lepas tu, tunggu next challenge pulak.
.
.
Eh, jemput tengok tau video ni. Ni Challenge kitorang, jadi ni adalah WOW video ikut kriteria yang diorang harapkan. 
.
Allah bagi ilham buat video ni. Syukur. Aku taktau nak buat video formal-formal sangat, jadi silakan tengok tau. 
.
BM TAHUN 1 
MENU KESUKAAN RIZAL OLEH CIKGU AZLINA ZABHA