Foto : http://www.ramblesahm.com/2012/05/tommee-tippee-closer-to-nature.html dan http://intheknowmom.net/tommee-tippee-royal-baby-sippy/
Tommee Tippee jenis edisi terhad, Royal Baby |
Sudah masuk dua minggu saya melatih anak menggunakan susu botol. Kali ini saya memilih untuk menggunakan susu botol jenis Tommee Tippee. Semuanya macam satu kebetulan kerana dalam masa saya ingin melengkapkan koleksi botol jenis tersebut, saya terjumpa laman web Nurizshar di http://www.nurizshar.com.my yang menawarkan harga jauh lebih murah daripada yang dijual di pasaran biasa.
Terima kasih kepada guru yang mendidik dan menjaga anak saya di pusat jagaan kanak-kanak kerana membuatkan saya lebih terdorong untuk melatih anak minum susu menggunakan botol. Bila sudah beralih arah pada susu botol sepenuhnya, ia dapat memudahkan pengasuh yang bakal menjaga Aydina nanti. Risau juga saya jika Aydina tercari-cari "susu ibu"nya jika saya tidak melatihnya begini.
Apabila Aydina sudah cukup dua bulan, saya sudah mula mengajarnya menggunakan susu botol. Mula-mula agak payah juga untuk mengajarnya. Suka benar saya dengan ekspresi mukanya bila disua susu botol. Reaksinya seperti, "Wek, susu apa ni ibu?". Walaupun begitu, saya tetap teruskan menyua bibirnya dengan susu botol, tidak peduli dengan mimik mukanya yang seperti meminta belas kasihan. Hati kena kuat dan sabar. Sehinggalah anak kita benar-benar tidak bergantung pada direct breastfeed lagi. Baru kita boleh lega dan senang hati.
Selain daripada guru-guru di pusat jagaan, doktor di Klinik Syarifah Fadzlon juga ada menggalakkan saya melatih anak menggunakan susu botol. Waktu itu saya membawa Aydina untuk bersunat di klinik tersebut. Doktor tanya sama ada saya bekerja ataupun tidak. Jika bekerja, beliau sangat menyarankan saya untuk memulakan melatih anak minum dengan menggunakan botol seawal selepas bersalin. Saya terkejut sebenarnya, sebab mana-mana doktor yang saya jumpa sebelum ini, semua tidak menggalakan penggunaan botol susu. Malah disuruh ajar anak minum susu menggunakan sudu atau cawan kecil.
Langkah-langkah Melatih Anak Minum Susu Botol
1) Sediakan sekurang-kurangnya satu botol susu kecil sesuai untuk bayi baru lahir sebelum tempoh kelahiran anak.
2) Jika kita memilih untuk memberikan anak susu kita sendiri, pastikan kita sudah bersedia dengan bahan-bahan untuk aktiviti breastpump kita nanti. Contoh: Breastpump, milk storage, ais beku, beg untuk isi semua perkakasan untuk aktiviti tersebut
3) Namun jika kita memilih untuk beri susu formula sahaja, sediakan satu jenis susu formula dalam kuantiti yang paling kecil kerana kita tidak pasti anak kita sesuai atau tidak dengan susu yang kita pilih.
4) Mulalah seawalnya melatih anak kita dengan hati yang kuat dan sabar.
5) Sediakan juga alat pembersih botol susu, dan juga sabun pembersih botol. Saya suka jenis Fiffy yang botolnya berwarna hijau. Wangi dan likat.
Langkah terbaik untuk ibu-ibu yang akan bekerja setelah cuti bersalin, adalah dengan memberikan anak susu botol. Tidak kiralah sama ada kita memerah susu atau tidak. Jika kita perah susu kita sekalipun, latihlah anak kita minum susu kita itu dengan botol.
Oh, ya! Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya menggunakan botol Tommee Tippee yang bagus itu di entri yang lain.
Aydina bakal minum air kosong menggunakan botol sebegini. |
Terima kasih atas perkongsian. Cepat2 buat sambungannya ya. Baby Qaseh baru 2 minggu. Buat masa ni masih BF lagi. Ada juga cuba2 beri susu botol tapi Qaseh tak nak dan bermasalah untuk hisap. Qaseh cepat tersedak. Mungkin juga Qaseh tak suka puting botol yg keras. Saya juga ada masalah dgn pam susu ibu. Saya ada cuba 2-3 kali tp hasilnya sgt sedikit. Memang begitukah pada minggu pertama kelahiran? Saya juga tak yakin nak simpan susu ibu tu takut cepat rosak, padahalnya banyak juga info yg saya dah baca pasal penyimpanan susu ibu ni. Tapi masih ada was-was.
ReplyDeleteKadang-kadang bukan sebab anak tu tak suka guna botol. Tapi sebab dia belum pandai guna botol. Acukan je berulang kali, sambil tu berselawat, k.
DeleteMasa anak pertama saya pun saya ada masalah nak pam susu. Macam tak keluar-keluar. Mungkin sebab saya harapkan sangat susu melimpah-limpah serta membayangkan bila pam tu susu banyak. Terlampau high expectation pun tak boleh, sebab nanti kita akan stress.
Keyword kalau betul-betul dah niat nak fully breastfeed, mestilah nak pam jugak kan, apa kata just enjoy the moment, tolak ketepi rasa stress susu tak keluar. Nak bagi banyak susu, banyakkan makan cereal macam quaker oat & nestum. Mana-mana yang menyelerakan Mariatul Qiptiyah ok? Jika kita banyak kali direct breastfeed, nanti susu tu ada sendiri.
Pernah dengar kan, susu ibu jadi banyak base on demand. Jangan putus asa, ok! :) Nak ajar Qaseh guna botol, bulan kedua pertengahan dah boleh mula. Lepaskan berpantang dulu. Sebab berpantang pun dah buat ibu rasa stress, jadi sekarang nak direct breastfeed memang digalakkan. Bleh ajar baby lepas pantang k.
Enjoy your pantang & breastfeeding dear!